Mengapa kod bar begitu penting? Apa tujuan diwujudkan sistem itu? Dan siapa yang mereka kod bar?
Kod bar asalnya direka dan dicipta oleh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal, Norman Joseph Woodland secara tidak sengaja ketika bercuti dirumah datuknya di Florida sekitar tahun 1948.
Siapa menyangka hanya menggunakan teori remeh, Norman berjaya menghasilkan satu teknologi yang sangat berguna kepada seluruh masyarakat di dunia.
Norman dilahirkan di Bandar Atlantik, New Jersey pada tahun 1921. Ibu dan bapanya berketurunan Yahudi dan mereka tinggal di Amerika Syarikat.
Selepas tamat sekolah tinggi, Norman diterima belajar di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Drexel, Philadelphia.
Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Norman telah mengikuti program bersama tentera dalam menguruskan projek Manhattan iaitu projek untuk membangunkan bom atom.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Norman kembali semula ke Universiti Drexel dan berkhidmat disana.
Norman Joseph Woodland.
Suatu hari sekitar tahun 1948, seorang eksekutif pasaraya datang melawat kampusnya.
Ketika eksekutif itu bertemu Dekan Fakultinya, dia menyatakan harapan agar ada teknologi yang mampu memudahkan kerja-kerja operasi pengeluaran seperti meletakkan kod produk, menjeniskan barangan, harga dan daftar keluar produk, namun idea itu ditolak.
Tanpa disedari, rakan sekerja Norman, Bernard Silver, terdengar perbualan itu dan memberitahu Norman tentang idea tersebut.
Mereka bekerjasama memikirkan kaedah terbaik untuk mencipta teknologi yang mampu memudahkan urusan perniagaan.
Semasa musim sejuk tahun yang sama, Norman menghabiskan masa cuti di apartmen datuknya di Miami.
Ketika bersantai ditepi pantai sambil melakar sesuatu pada pasir, jarinya secara tidak sengaja melukis sesuatu membentuk titik, sempang, titik dan sempang semula seperti kod Morse yang pernah dipelajarinya.
Norman kemudiannya meletakkan empat jarinya secara serentak lalu melakar bentuk empat huruf l, lalu dibentuk menjadi bulatan. Bermula dari situlah Norman mendapat idea.
Ketika pulang semula ke universiti, idea itu kemudian dikongsi bersama Bernard. Pada tahun 1949, Norman dan Bernard memohon Paten Amerika Syarikat dengan tujuan melindungi penciptaan kod bar pada 20 Oktober 1949.
Selepas dua tahun barulah mereka menerima paten dengan siri Paten AS 2,612,994 dari Classififying Apparatus and Method.
Reka bentuk awal kod bar adalah seperti corak yang mengandungi beberapa siri bulatan sepusat seakan-akan cincin yang mempunyai banyak lingkaran.
Lingkaran-lingkaran itu tidak sama, sebaliknya ada lingkaran direka tebal dan ada lingkaran yang dibuat nipis. Pada bahagian lingkaran tebal itulah maklumat disimpan.
Setelah menerima paten tersebut, ia kemudiannya dijual kepada Syarikat Philco yang kemudiannya dijual kepada Perbadanan Radio Amerika (RCA) dengan harga USD15,000.
Idea bar kod pertama di dunia.
Bagaimanapun, masalah lain pula muncul. Mereka tiada alat yang boleh digunakan untuk membuat imbasan kod bar bagi memudahkan urusan penyimpanan data.
Pada tahun 1951, Norman ditawarkan bekerja disebuah syarikat komputer International Business Machines Corporation (IBM).
Ketika itulah dia mengambil peluang dengan menyumbangkan idea untuk mereka sejenis alat yang mampu mengimbas kod bar. Malangnya, idea itu tidak kemana sehinggalah paten kod bar RCA tamat pada tahun 1969.
Bermula pada tahun 1970, teknologi komputer semakin berkembang. Kali ini Norman ditukar ke cawangan IBM di Raleigh, Utara Carolina.
Dia ditugaskan dibahagian makmal dan disitulah dia melaksanakan impian dua dekad yang tidak terlaksana.
Akhirnya, terhasillah sejenis mesin imbasan laser. Reka bentuk kod bar juga turut diubah menjadi bentuk palang beserta nombor seperti yang kita boleh lihat hari ini.
Produk pertama berjaya diimbas menggunakan kod bar.
Setelah semuanya berjalan lancar, satu lagi masalah perlu diselesaikan. Mereka memerlukan satu standard kod bar yang boleh diguna dalam operasi pengeluar disemua pasar raya.
Pada tahun 1971, seorang pekerja IBM, George J. Laurer, diberi tugas untuk menentukan sistem pengkodan, Universal Kod Produk (UPC) sebelum ia dijadikan kod standard diseluruh dunia.
Buat pertama kali dalam sejarah, sebuah pasaraya di Ohio telah melakukan imbasan pertama kod bar pada sebungkus gula-gula getah berjenama Wrigley pada bulan Jun 1974.
Paket gula-gula getah itu kini dipamerkan di Muzium Sejarah Antarabangsa Amerika.
Info
Pada tahun 1992, Norman telah menerima anugerah Medal Of Technology dari Presiden George W. Bush sebagai pengiktirafan atas ciptaannya itu.
Pada tahun 2012, Norman telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun setelah sekian lama menderita penyakit Alzheimer.
Pada bulan Oktober 2013, Universiti Drexel telah diiktiraf sebagai lokasi kelahiran bar kod
Tiada ulasan:
Catat Ulasan