Jika
pembaca antara salah seorang yang percaya kewujudan Dinosaur, pembaca
juga adalah salah seorang antara jutaan manusia yang percaya wujudnya
hidupan sebelum Nabi Allah, Adam as. Kemungkinan ramai antara pembaca
semua tidak sedar akan hakikat ini bukan?.
Persetujuan
daripada ahli arkeologi menyatakan bahawa tamadun pertama yang wujud di
muka bumi adalah tamadun Mesopotamia iaitu sekitar 4000BC. Jika
sekarang kita berada di tahun 2010, ini bermakna tamadun Mesopotamia
adalah berusia :
4000BC+2010AD=6010 tahun
Dan
ia juga bermakna, Tamadun Mesopotamia telah mencapai usia 60 abad.
Manakala, agama pertama di dunia yang di rekodkan iaitu agama Hindu
telah dibentuk seawal 3000BC iaitu ketika permulaan tamadun Indus di
India. Disebabkan agama Hindu terlampau awal dibentuk, sehingga kini
tidak diketahui siapakah sebenarnya pengasas agama Hindu ini.
Agama
Hindu yang terdapat pada hari ini tidaklah sama dengan agama Hindu yang
pada mula-mula ia diasaskan. Sepertimana agama lain, kecuali Islam,
setiap agama mengalami perubahan bahkan terdapat agama yang mengalami
perubahan yang ketara sepertimana agama Yahudi dan Kristian. Disebabkan
agama Hindu adalah agama tertua di dunia, ahli arkeologi yang ingin
menyelidik tamadun-tamadun purba akan mengkaji terlebih dahulu
kitab-kitab purba agama Hindu terutamanya Veda dan itulah yang berlaku
sekarang.
Dalam
kitab Taurat dan Injil dalam Book of Genesis, umur Nabi Adam as ada
dinyatakan. Nabi Adam as dikatakan hidup di bumi selama 930 tahun
sebelum baginda wafat. Bergitu juga dengan Hawa yang wafat hampir dengan
usia Nabi Adam. Namun, di dalam al-Quran tidak pula dinyatakan usia
Adam namun Rasullulah SAW pernah menyatakan dalam sabdanya bahawa umur
umat terdahulu adalah panjang dan sihat pula tubuh badan mereka.
Rabbi
daripada agama Yahudi sepakat menyatakan bahawa umur Adam as diturun ke
bumi adalah sekitar 4000BC selari dengan tamadun pertama di dunia di
Mesopotamia iaitu juga sekitar 4000BC.
‘Adam’ Sebelum Adam
Berkenaan
dengan penciptaan Adam, majoriti ulama Islam percaya bahawa Adam dan
Hawa telah dicipta dengan lengkap di Syurga. Mereka kemudiannya dihantar
ke bumi selepas memakan buah yang terlarang. Keturunan mereka mengisi
populasi bumi dan memulakan sejarah manusia.
Akan
tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam
itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu
proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa
ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun
sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan
jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan.
Terdapat
juga sebahagian daripada ulama Islam yang menjelaskan bahawa Adam
bukanlah manusia pertama yang dicipta di muka bumi. Mereka berpandangan
bahawa ratusan ribu ‘Adam’ telah wujud sebelum Adam bapa kita. Setiap
satu ‘Adam’ itu telah mempunyai keturunan dan kehidupannya, mereka telah
musnah sepenuhnya dan digantikan dengan ‘Adam’ yang berikutnya
sehinggalah tiba kepada Adam, bapa kita. Adam bapa kita, dianggap
sebagai pusingan terakhir siri ‘Adam’ di muka bumi.
Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi dan daripada bumi.
(Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah)
Ikhwan
al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa
semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan
Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ektrim. Hal
ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam
tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan
Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi (Rasaa’il
Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini
diambil dari Bible kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of
Eden, di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci)
Zaman Dinasor?
Jika
dari awal tadi penulis berkata bahawa tamadun pertama di dunia adalah
berusia 4000BC. Sekarang, pembaca akan terkejut apabila menyedari bahawa
zaman Dinosaur adalah jauh lebih lama daripada itu. Penemuan
rangka-rangka dinosour di serata dunia membuatkan saintis percaya bahawa
haiwan ini pernah mendiami bumi ini 61 juta tahun sebelum manusia.
Arkeologi
sepakat menyatakan bahawa kepupusan secara besar-besaran Dinosaur
adalah pada 65 juta tahun yang lampau. Penulis ingin menekankan ayat ini
iaitu Kepupusan. Kepupusan adalah suatu titik di mana sesuatu spesies
lenyap tanpa meninggalkan keturunan. Inilah yang berlaku kepada Dinosaur.
Eskavasi
di tapak arkeologi yang menempatkan tulang-tulang Dinosaur
kebanyakkannya mempunyai tarikh Karbon-12 yang berusia 65 juta tahun
yang lalu. Ia seterusnya membuatkan ahli arkeologi sepakat mengeluarkan
kenyataan bahawa Dinosaur mula pupus sekitar 65 juta tahun yang lampau.
Namun
apa yang mengejutkan sebenarnya adalah tarikh kepupusan iaitu pada 65
juta tahun yang lampau itu. Berbanding dengan permulaan tamadun manusia
yang hanya bermula 4000BC, ia bagaikan langit dan bumi berbanding tarikh
kepupusan Dinosaur.
Seperti
penulis tekankan di awal artikel tadi, barang siapa yang percaya
Dinosaur wujud, maka beliau adalah salah seorang daripada ribuan malah
jutaan manusia yang percaya terdapatnya hidupan sebelum wujudnya
manusia. Dan tarikh kepupusan Dinosaur membuktikan segala-galanya.
Perlu
diketahui bahawa ia adalah tarikh (jangka masa) kepupusan Dinosaur.
Bagaimana pula tarikh permulaan hidupan Dinosaur?. Bagaimana pula dengan
usia Bumi?. Apabila difikirkan daripada logik akal dan logik nakli,
sememangnya terdapat hidupan sebelum turunnya Adam as ke bumi Allah ini.
Pernahkah pembaca mendengar perdebatan antara malaikat dan Allah SWT
semasa Allah mencipta Adam as?
Malaikat Bertanya Kepada Allah SWT
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan
kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan
menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih
dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”
(Al-Baqarah 2: 30)
Baris
ayat “orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan
darah”daripada hujah para Malaikat telah menimbulkan seribu satu
persoalan. Bagaimana Malaikat boleh mengetahui tentang rahsia masa depan
manusia sedangkan hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui?.
Meskipun
malaikat memiliki keistimewaan berada di Syurga dan Arasy Allah namun
pembaca jangan lupa bahawa malaikat tidak boleh mengetahui rahsia masa
hadapan tanpa izin Allah. Hijab Allah sentiasa tertutup untuk
makhluk-Nya kerana ia adalah perancangan Allah swt untuk perjalanan
setiap makhluk-Nya.
Jadi, bagaimana malaikat boleh mengetahuinya?
Hari-Hari Terakhir Bumi Sebelum Turunnya Adam - Muhammad Isa Dawud
Cendiakiawan
agama terutama Muhammad Isa Dawud (MID) percaya bahawa terdapatnya
hidupan sebelum penciptaan Adam. Dalam buku bertajuk "Siapa penghuni
Bumi Sebelum Manusia" karya MID, ada persoalan yang dibangkitkan iaitu
bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti
(Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah
darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain
sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya
makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.
Namun mereka derhaka kepada Allah SWT selepas Allah melimpahkan
kemewahan dunia kepada mereka. Akibat kebiadapan mereka menyekutukan,
Allah SWT telah mengazab mereka dengan ‘kiamat’ untuk keseluruhan mereka
sehingga tidak tertinggal walau sedikitpun.
Gambar
(di atas) Saintis menunjuk uranium-uranium yang terurai (lihat batuan
kuning) yang dianggarkan berusia jutaan tahun yang lampau di Oklo,
Afrika.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Menurutnya ijtihad MID, perpecahan dan peperangan atom sudah terjadi dan menyaksikan kerosakan bumi yang teruk dan hanya beberapa tempat yang selamat. Ledakan itu jugalah yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban sebelum Adam. Beberapa manuskrip dari Sweeden turut dilampirkan sebagai bukti walaupun ia masih dalam perdebatan para cendekiawan.
Adakah selepas tamatnya zaman dinosaur, kemudian muncul pula zaman jin?.
Jin Penghuni Bumi Sebelum Manusia
Masih
lagi berpandukan pada hujah MID dalam bukunya, disini kita boleh
merenung serta membahaskan beberapa fakta dan hujah yang dikemukakan
oleh beliau. MID menegaskan bahawa, Iblis adalah bangsa Jin yang dididik
oleh malaikat sehingga ‘alim seperti malaikat, namun sifat takabburnya
telah membuatkan Allah murka dan melaknatnya sehingga akhirat. Dengan
itu, Iblis berikrar akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam. Kisah ini
diriwayatkan oleh Imam At-Tabari.
Taurat
Kuno menyebut sebuah lagenda yang mengatakan semasa penghijrahan Nabi
Musa a.s. bersama 70 orang Bani Israel, sebahagian pengikut Musa telah
melihat gambar-gambar yang aneh di dasar Sungai Nil. Dari gambaran
penglihatan mereka gambar-gambar itu mengisahkan kehidupan peradaban
sebelum kedatangan Adam. Namun, Nabi Musa melarang mereka untuk
melengah-lengahkan perjalanan kerana bimbang tentera Firaun akan sempat
mengejar mereka. Pengikut-pengikut Musa yang telah melihat gambar-gambar
itu telah menulisnya di dalam manuskrip-manuskrip dan diwarisi oleh
anak cucu mereka.
Fakta
serta hujah berkenaan dengan kemampuan jin dalam menghasilkan
teknologiatom dan fusion turut dikemukakan oleh MID. Persoalannya disini
ialah, adakah kesan radioaktif yang ditemui di beberapa buah lokasi di
dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini merupakan suatu
'peninggalan' dari tamadun spesis makhluk yang disebut sebagai 'jin'?.
MID mengakhiri hujah dalam bukunya dengan satu kesimpulan yang kukuh :
“Nabi
Adam telah turun ke bumi sejak berjuta-juta tahun yang dahulu dan
sebelum turunnya Adam, bumi telah dihuni oleh makhluk mukallaf yang juga
diturunkan syariat agama iatu Jin. Bangsa Jin telah membangunkan
peradaban-peradaban yang moden sehingga menuntut mereka engkar terhadap
seruan Allah. Mereka (Jin) bertelagah sesama sendiri sehingga terjadinya
ledakan atom yang menghancurkan sebahagian besar peninggalan peradaban
mereka.
Kemudian
Adam diturunkan dan dalam masa yang sama Allah memperkenankan doa para
Jin yang mahukan diri mereka tidak dapat dilihat oleh manusia. Maka
Muhammad Isa Dawud ingin memahamkan kita peradaban yang maju yang
tersisa hingga sekarang itu ialah peninggalan bangsa Jin kerana hanya
golongan jin yang dapat terbang ke langit, hidup di lautan dan berlari
sepantas kilat.”
Penemuan Yang Mengejutkan
Rangka berusia 10,000 tahun- Young Hol Chan
Pada
2006, dua orang penyelam Jerman telah tidak sengaja menemui rangka
manusia yang mempunyai saiz kanak-kanak. Dua penyelam daripada Jerman
ini sebenarnya ingin menjelajah satu Cenote di Mexico. Cenote adalah
lubang besar yang ditenggalami air disebabkan oleh luluhawa dan
perubahan rupabumi. Rangka kanak-kanak itu ditemui dalam satu gua di
dalam Cenote tersebut.
Rangka kanak-kanak ini ditemui di gua bawah tanah dekat Tulum, Mexico. Rangka kanak-kanak yang digelar Young Hol Chan
telah diakui oleh pakar-pakar arkeologi sebagai rangka kanak-kanak
tertua yang pernah ditemui di benua Amerika. Rangka itu berusia 10,000
ribu tahun.!
Berbanding dengan usia tamadun pertama iaitu sekitar 6010 tahun, rangka
ini sebenarnya telah membuka kunci rahsia tentang ‘manusia’ sebelum
kedatangan Nabi Adam as.
Goat’s Hole Cave, Pavillon, Gower
Pada 1823, seorang professor Geologi di Universiti Oxford, William Buckland telah menemui rangka manusia yang dianggar berusia kira-kira 18,000 di sebuah gua di Goat’s Hole Cave di Pavillon, Gower. Di gua inilah rangka yang berusia 26,000 tahun itu dijumpai.
Namun,
baru-baru ini para pakar telah sekali lagi membuat kajian mengenai
usianya dengan menggunakan alatan yang terkini. Apa yang mengejutkan
adalah usianya sebenarnya adalah 4000 tahun lebih tua daripada yang
diketahui dahulu iaitu 26,000 tahun!.
Gambar (di atas) adalah rangka Red Lady
dianggarkan berusia 26,000 tahun. Satu yang menarik mengenai rangka
purba ini adalah rangka Red Lady sebenarnya adalah rangka seorang pemuda
dan bukan rangka seorang wanita sebagaimana namanya.
Gambar (di atas) 600 lukisan purba di Lascaux Cave
di Dordogne River Valley, Perancis telah direkodkan mempunyai usia
17,000 tahun. Ia ditemui tidak sengaja oleh dua orang remaja pada 1940.
Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi
Manusia
telah awal-awal lagi, Allah SWT nyatakan bahawa sebagai wakil Allah SWT
di muka bumi. Sememangnya penulis sangat bersetuju tentang kewujudan
makhluk sebelum Adam as namun tidaklah pula penulis bersetuju tentang
teori evolusi yang Charles Darwin asaskan. Bagi penulis, makhluk yang
dicipta sebelum Nabi Adam adalah makhluk misteri. Ada kemungkinan
menyerupai manusia, ada pula kemungkinan menyerupai haiwan akan tetapi
yang pasti adalah mereka telah melakukan kerosakkan di muka bumi. Antara
kerosakan yang pernah mereka lakukan adalah peperangan dan perebutan
kuasa.
Baru-baru
ini, saintis bergitu terkejut dengan penemuaan rangka-rangka manusia
yang bergelimpangan di Mohenja-Daro di Lembah Indus. Apabila diselidik,
rangka tersebut telah dicemari dengan radioaktif akibat letusan nuklear.
Apakah makhluk purba pernah menggunakan senjata canggih sehingga
menghuru-harakan bumi Allah swt ini?
Bagaimana
dengan Dinosaur?. Apa yang penulis boleh simpulkan mengenai haiwan
besar yang digelar Dinosour ini adalah haiwan ini kemungkinan wujud
sebelum wujudnya ‘makhluk’ yang melakukan kerosakan tersebut. Ini
bermakna, sebelum wujudnya Adam as sebagai khalifah di muka bumi, telah
wujud berpuluh-puluh makhluk yang Allah SWT wakilkan di muka bumi ini.
Namun, sayangnya, mereka semua leka dengan nikmat Allah swt dan akhirnya
musnahlah tamadun mereka diazab Allah swt.
Akhirnya,
manusia adalah wakil terakhir Allah SWT di muka Bumi ini. Dan kita
sebagai umat Muhammad pula adalah khalifah terakhir daripada wakil
terakhir Allah swt di muka bumi sebelum Allah swt ‘sediakan’ kiamat
untuk kita semua. Sesungguhnya, Adam as bukanlah makhluk pertama tetapi
ia adalah manusia pertama di muka bumi. Waallahualam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan