Pengenalan Untuk Baja Kompos
Prinsip asas untuk cara membuat baja kompos adalah sangat mudah: Kumpulkan bahan tamanan yang anda tidak mahu, biarkan ia duduk selama beberapa bulan, dan hanya saksikan ia menjadi makanan super organik percuma yang sempurna untuk taman anda.
Kami tidak mahu anda terlepas proses yang menakjubkan ini, jadi kami telah mengumpulkan artikel mengenai topik-topik seperti teknik asas, 30 tips untuk mempunyai kompos yang sempurna dan menggunakan daun untuk membina rumput dan tanah kebun.
Antara soalan-soalan yang kami selalu terima:
Bagaimana untuk saya bermula?
Jangan risau. Ada sistem untuk setiap keperluan dan bajet – daripada asas hinggalah yang canggih. Anda mungkin hanya memerlukan sangkar dawai atau plastik untuk mengumpul daun, keratan rumput, sisa tanaman dan sisa makanan. Jika anda ingin mempunyai halaman anda kelihatan rapi dan kemas, gunakan bekas sampah dan struktur lain-lain.Bimbang tentang pekerjaan fizikal yang terlibat? Satu bekas kompos sudah mencukupi untuk menjadi alat yang sangat baik. Isi kira-kira 75% penuh dengan bahan-bahan kering seperti daun-daun dan masukkan beberapa sisa makanan (lihat tips kami di bawah ini untuk cadangan) dan putar beberapa kali seminggu agar lebih banyak oksigen masuk ke dalam proses.
Apa yang boleh saya masukkan ke dalam longgokan atau timbunan ini?
Jika ianya tumbuh-tumbuhan, masukkan sahaja! Bahan-bahan yang biasa untuk kompos merupakan rumput, daun, habuk kayu, rumput kering, jerami dan surat khabar yang dicincang dan kertas pejabat juga merupakan bahan yang hebat. Cuma pastikan semua barang-barang ini adalah bebas daripada dakwat berwarna dan bahan kimia berbahaya seperti racun serangga dan racun rumpai.JANGAN MASUKKAN daging, produk tenusu, haiwan kesayangan atau sisa manusia (Eeeww!), lemak, tulang, dan rumpai. Barang-barang ini bukan hanya tidak di kompos dengan baik, malah ia tidak bersih dan mungkin menarik perhatian yang tidak diingini daripada haiwan peliharaan atau hidupan liar.
Tidakah ia akan berbau busuk dan menarik perhatian jiran?
Asalkan anda berpegang kepada beberapa peraturan asas dalam menambah bahan-bahan, anda tidak akan mempunyai apa-apa masalah.Berikut adalah beberapa tips kompos lanjut:
1. Pastikan anda menyimpan bahan-bahan kering atau kertas dicincang yang cukup dalam longgokan agar ia boleh menyerap kelembapan yang berlebihan. Menambah bahan-bahan hijau segar seperti potongan rumput atau sisa makanan yang berlebihan sekaligus akan menghalang aliran udara, yang seterusnya menghasilkan bau dan lendir.
2. Tanam sisa dapur di tengah-tengah longgokan, bukan dibahagian atas. Hal ini akan mencegah bau dari tersebar ke seluruh kejiranan.
3. Gunakan bekas yang boleh ditutp ketat, seperti tong plastik atau tumbler. Jika ada haiwan liar datang dan tidak dapat menggali ke dalam longgokan, mereka hanaya akan biarkan saja.
Saya mempunyai kawasan rumah yang kecil. Adakah saya masih boleh membuat pengomposan ini?
Sama sekali YA. Jika taman anda di dalam bekas, anda boleh menghasilkan “Taman Emas!”Bahkan penghuni “apartment” boleh menggunakan baldi bokashi atau tong cacing dalam menyimpan sisa makanan dari pmembuangkan ia ke tempat sampah.
Jangan berikan alasan dalam menawarkan tanaman anda diet “gourmet” yang hebat. Sila lihat pada koleksi alat dan sistem atau hubungi kami jika anda masih mempunyai kebimbangan . Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk membuat taman anda berkembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan