" kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang, dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi "

Jumaat, 23 Oktober 2015

Apa Beza Garam Laut Dengan Garam Bukit


Kebanyakkan kita di Malaysia menggunakan garam yang berasal dari laut. Garam bukit selalunya dijual sebagai garam alternatif serta sebagai sumber rawatan atau dijadikan lampu garam (dikatakan mampu mengeluarkan ion & cas yang baik untuk badan). Apa beza antara garam laut dan garam bukit ye?



Garam laut dan garam bukit mempunyai asas kandungan khasiat yang sama walaupun sering kali diceritakan bahawa garam bukit lebih baik untuk badan.  Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.
Garam laut dihasilkan dengan menyejatkan air laut dan kandungan mineralnya bergantung kepada air laut itu sendiri yang bermakna ia mengandungi sodium cloride serta unsur-unsur mineral tambahan. Warna serta tahap kemasinan garam juga bergantung kepada air laut.
Garam bukit pula dihasilkan dengan melombong di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam ini akan diproses menggunakan bahan kimia agar didalam garam itu sendiri hanya mempunyai sodium cloride serta bahan kimia tambahan yang menyebabkan tekstur lebih halus. Ia juga ditambah iodin bagi memberi keperluan iodin dalam badan manusia. Rasanya juga lebih masin serta membuatkan pemakan berasa kenyang atau kembung.
Sekarang sudah tahu, jadi garam mana yang lebih elok? Garam laut lebih bagus kerana mempunyai pelbagai mineral yang diperlukan oleh badan. Garam bukit mempunyai kandungan sodium yang tinggi, jika tidak dikawal penggunaannya akan menyebabkan penyakit darah tinggi serta penyakit berkait dengan jantung.

2 ulasan: