Asal Usul Kaum Yahudi
Pada masa ini ramai orang yang
beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama
sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah
berbeza.Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa
Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur
Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
Bani Israel pula adalah merupakan satu
rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia.
Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan
peradaban Hebrew dan Bani Israel.
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong
dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia
merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya
memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh
musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun
135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam
tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang
mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu
Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang
telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam
memegang dan mengamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri
mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu
pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah
satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua
keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang
tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu,
mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan
Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan
sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.
Yahudi tidak dikehendaki walau di
mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan
memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar
perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang
Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf
kedudukan yang paling hina sekali.Semasa kebangkitan agama Kristian di
Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah
menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di
antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai
lagi orang Yahudi yang telah dibunuh.
Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman
Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda
pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa
beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I,iaitu
Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England.
Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV dalam tahun
1394.
Dalam abad yang ke-14 dalam satu era
yang dipanggil ‘Black Death’, pembunuhan secara beramai-ramai ke atas
orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja.Sepanyol
menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun
1494.Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa
orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat.
Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki
adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam
adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki,
mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat
kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di
sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani
Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka
dimusnahkan.
Selepas tahun 1650, satu era baru muncul
pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam
era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah
jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis
Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara
itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis.
Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian,Napoleon I telah membantah
keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik
di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang
berlawanan.Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan
beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti
apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.
Apabila Poland Timur menjadi sebuah
tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang
Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan
sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu
dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang
tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan
serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara
beramai-ramai.Peristiwa inilah yang dikenali sebagai ‘pogrom’, iaitu
pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia
berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun
1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom.
Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang
Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta
rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu
orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari
Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah
berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku
dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana
seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik
dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai ‘penyelesaian
terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi’.
Wallahu’alam….
Sumber : hasnukhadiahmad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan