25 Gambar Bukti Scotland Negara Paling Cantik Di Dunia
The Old Man of Storr, Isle of Skye.Puncak-puncak yang nampak pelik dan menarik ini berada di Isle of Skye adalah tinggalan daripada runtuhan tanah dahulu kala.
Glen Etive, Highlands.
Glenfinnan Viaduct, Highlands.
Kalau anda rasa keretapi ini nampak macam kenal je, itu sebab jambatan inilah Hogwart Express lalu di dalam cerita Harry Potter.
Bow Fiddle Rock, Moray.
Ring of Brodgar, Orkney.
Ring of Brodgar ialah batu berusia 6 ribu tahun daripada zaman batu dan berada di dalam satu kitaran batu di utara Scotland yang dianggap oleh pengkaji sejarah digunakan untuk upacara keagamaan. Ada 13 tempat pengkembumian yang berbentuk seperti busut di sekelilingnya.
Tobermory, Isle of Mull.
The Three Sisters of Glen Coe, Highlands.
The Three Sisters of Glen Coe, Highlands adalah pergunungan yang curam dan dipanggil sebagai Gearr Aonach (Short Ridge), Aonach Dubh (Black Ridge) dan Beinn Fhada (Long Hill).
Dunnottar Castle, North East Scotland.
Crovie, Aberdeenshire.
Crovie ialah satu perkampungan nelayan yang kecil dan sangat cantik kerana posisinya yang berdekatan dengan tebing yang bersebelahan dengan laut. Crovie sangat rapat dengan tebing sehinggakan tuan-tuan rumah di situ perlu meninggalkan kereta di selatan kampung: tidak ada tempat untuk mereka di kawasan rumah mereka.
Horgaborst Beach, Isle of Harris.
The Forth Rail Bridge, Edinburgh.
Jambatan ini dibina pada tahun 1890 dan pada kepanjangan 8000 kaki, ianya masih lagi jambatan dengan satu rentangan yang ke-2 paling panjang di dunia. Ianya menyambungkan muara Forth dengan Edinburgh dan pelbagai lagi daerah di sebelah utara.
The Red Cuillin (Red Hills), Isle of Skye.
Kilchurn Castle, Loch Awe.
Kilchurn ialah istana yang sudah hancur tetapi menakjubkan dan berada di kawasan berbatu di timur laut Loch Awe di Argyll dan Bute, yang berada di barat laut Scotland. Ianya ditinggalkan pada 1790 setelah rosak teruk akibat dipanah kilatCallanish Standing Stones, Isle of Lewis.
Old Man of Hoy, Orkney
Nama je ‘orang tua’ tapi sebenarnya satu timbunan batu pasir merah di tepi pantai Orkney. Ianya tercipta apabila air laut membasuh batu-batu yang lebih lembut di kelilingnya. Tapi timbunan 137 kaki itu ialah antara yang tertinggi di UK tetapi mungkin akan runtuh akibat hakisan.
Buachaille Etive Mòr, Highlands.
Ben Nevis, Highlands.
Pada ketinggian 1344 meter, Ben Navis ialah gunung tertinggi di kepulauan British. Ianya sangat popular dengan pendaki, walaupun beribu-ribu pendaki amatur dan tidak berpengalaman terpaksa diselamatkan setiap tahun kerana cuaca yang tidak menentu di Scotland.
Holy Island, Arran.
The Fairy Pools, Isle of Skye.
Kolam magik ini adalah daripada air terjun-air terjun kecil daripada anak sungai Coir’a’ Mhadaidh yang melalui gunung ke laut. Mereka terkenal kerana warna biru gelapnya dan popular dengan perenang, walaupun suhunya yang sangat menyejukkan.
Dugald Stewart Monument, Calton Hill, Edinburgh.
Rannoch Moor, Highlands.
Rannoch Moor ialah satu dataran luas yang berawa, di tanah mor gambut dan berada hampir berada betul-betul tengah Scotland. Terdapat rusa merah (seperti dalam gambar), burung pegar, dan capercaillie: spesis yang terancam sebesar ayam belanda.
Fingal’s Cave, Isle of Staffa.
Gua ini berada di kepulauan Staffa yang tidak diduduki dan terhasil daripada lava yang mengalir di zaman Paleocene. Bumbung yang besar, terutup membalikkan bunyi ombak. Orang tempatan di situ memanggilnya sebagai An Uaimh Bhinn: “gua bermelodi”.
Village Bay, St. Kilda.
Eilean Donan Castle, Western Highlands.
Terdapat lebih daripada 2 ribu istana di Scotland, tetapi Eilean Donan mungkin boleh dikatakan paling dramatik. Ianya dibina di pulau pasang surut yang kecil di persimpangan tiga tasik pada abad ke-13.
Glen Coe, Highlands
Clen Coe ialah lembah gunung berapi di Highlands of Scotland dan diukir oleh glacier besar pada zaman Ais lalu. Seperti yang anda tengok di dalam gambar, ianya salah satu tempat paling menakjubkan dan paling cantik di dalam Scotland.
Dengan istana, dengan gunung meninggi, tasik-tasik, lembah dan fauna yangunik, memang susah untuk dinafikan Scotland ialah negara paling cantik di dunia. Kongsi jika anda setuju… ataupun jika anda mahu melawat tempat yang cantik ini satu hari nanti!
Sumber: Epic Dash
Tiada ulasan:
Catat Ulasan