" kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang, dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi "

Jumaat, 23 Oktober 2015

Melancong Ke Pontianak, Indonesia

Apa yang menarik di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia?


Muzium Kalimantan Barat di Pontianak


Tugu Khatulistiwa di Pontianak


Maswings menyediakan penerbangan dari Kuching ke Pontianak menggunakan pesawat TR 72-500



Apa yang menarik di Pontianak?

Pontianak adalah sebuah bandar besar di Kalimantan Barat, Indonesia, boleh dihubungi menerusi jalan darat 6 jam dari Tebedu, Sarawak ataupun penerbangan 45 minit dengan pesawat Maswings dari Kuching.

Apa yang istimewa di Pontianak?

Pontianak keistimewaannya ialah mendapat nama dari hantu iaitu Kuntilanak atau perempuan mati beranak yang dikatakan banyak merayau di bandar itu ketika mula mula dibuka pada 1771 oleh seorang putera diraja dari Arab Saudi.

Pontianak itu berjaya dihalau menggunakan doa dan juga kaedah tradisional serta menggunakan letupan meriam yang menakutkan Pontianak.

Lantas bandar itu dinamakan Pontianak.

Satu lagi keistimewaan Pontianak ialah kewujudan Tugu Khatulistiwa. Ini kerana Pontianak satu satunya bandar di Asia yang dilintasi garis 0 darjah Khatulistiwa.

Pada waktu tertentu pada bulan September, matahari akan tegak di atas kepala dan tiada bayang bayang kelihatan ketika anda berdiri, duduk, tidur atau berlari di Tugu Khatulistiwa Pontianak.

Saya pernah bermalam 3 hari di Pontianak dan syukurlah tiada kelibat Pontianak yang kelihatan.

Kecuali 1 insiden dimana saya sedang menggunakan tandas lelaki, dan saya terkejut besar apabila pintu tandas di sebelah saya dibuka, muncul seorang wanita berwajah pucat dan berambut panjang berbaju putih, saya ingatkan Kuntilanak, rupanya dia wanita Cina yang silap masuk tandas lelaki..!!!

Bandar ini juga banyak didiami masyarakat Cina serta dipenuhi speda atau motorsikal sebagai alat pengangkutan utama.

Juga terdapat sebuah Muzium di sini yang menempatkan asal usul masyarakat Pontianak di zaman silam.

Kawasan jualan cenderamata dikenali Gerai Sayur!! Bukannya menjual sayur tapi menjual cenderamata.

Surat khabar paling popular di Pontianak ialah Pontianak Post!!

Jika ada masa, luangkanlah masa melawat Pontianak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan