Menjejaki Laluan Sutera ; Dari Xi'an Ke Beijing - Day 1 (6 Nov 2014)
Ada ke pembaca setia? Entah. Terima kasih kerana sudi melawat blog usang ni ya. Xie xie ni ! Uish, bahasa mandarin pulak yang kluaq.
Kalau ingat setahun lepas saya ada buat entri pasal Tahun Melawat Malaysia 2014. Dalam tu saya cerita pasal Malaysia yang tersenarai dalam 'Top 10 Most Visited Countries in the World 2013'. Dalam senarai tersebut, hanya ada 2 buah negara Asia je, Malaysia di tangga ke-10 dan China di tangga ke-3.
Akhirnya berpeluang jugak Kancil untuk ke China. Percutian yang pendek, dengan itinerary yang padat. Untuk trip kali ni kami pilih untuk cover 2 buah bandar utama di China iaitu Beijing dan Xi'an.
Beijing semua orang tahu kan, tapi Xi'an? Macam mana boleh terfikir untuk ke Xi'an? Pertengahan tahun 2014, Air Asia mula membuka penerbangan dari KL-Xi'an. Seperti dijangka, Fir (galakjalan.com) yang paling awal book tiket dan cover Xi'an dulu. Fir pergi masa bulan puasa pulak tu. Gigih.
Lepas balik dari Japan bulan april tahun lepas, kami terus survey harga tix. Tup tup return tix KL-Xi'an sangat murah, dalam RM400 je, terus beli. 6 orang join trip kali ni pada asalnya. Sebab 5 hari cutinya, kami decide nak ke Beijing jugak. Dapat la cover sekali tembok besar China. Dari Xi'an-Beijing kami book return train tix.
Turned out, idea ni sangat tak cerdik. Bukan saja jarak perjalanan yang jauh (hampir 14 jam perjalanan - penuh dengan drama !), harga tix sangat mencekik darah. Padahal sleeper train je, bukan speed train pun. Memang ketuk foreigner habis-habisan. Tolak satu markah untuk China ! Heeeee.
Ada satu attraction yang saya nak sangat tengok kat Xi'an ni iaitu Terracota Warriors & Horses. Siapa yang pernah tengok filem The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor mesti tau pasal life-size figures peninggalan Maharaja Qin ni. Selain tu ada banyak lagi attraction yang menarik di Xi'an kalau berkesempatan.
ITINERARY:
Basically ni baseline itinerary kami sepanjang 5 hari di China:
Day 1 (6 Nov 2014) :
- Terracota Warrrior Museum
- Sleeper train to Beijing
Day 2 (7 Nov 2014) :
- Tiananmen Square
- Forbidden City
- Ditan Park & Gingko Lane
- Jingshan Park (Scenery Hill)
Day 3 (8 Nov 2014) :
- Badaling Great Wall of China
- Summer Palace
Day 4 (9 Nov 2014) :
- Fragrant Hills Park (Xiangshan Park)
- Sleeper train to Xi'an
Day 5 (10 Nov 2014) :
- Huimin street (Muslim street)
- Grand Mosque of Xi'an
- Flight back to KL
* Ada beberapa tempat yang tak sempat kami cover disebabkan kesuntukan masa.
ACCOMODATION :
Xi'an : Ancient City International Youth Hostel (1 malam)
Beijing : Peking Yard Hostel (2 malam)
* jimat accomodation untuk 2 malam sebab naik sleeper train
TRANSPORTATION:
Xi'an : bas, subway (masih dalam pembikinan, baru 2 line beroperasi)
Beijing : Subway (sangat effective, extensive coverage & murah)
Xi'an - Beijing by sleeper train : Beli tix melalui website http://www.chinahighlights.com/. Harga tix RM420 return/pax (sama dengan harga flight tix, huhuuuuu ).
Kota Xi'an dikelilingi City Wall. Ad 4 pintu masuk utama kedalam City Wall ; north gate, south gate, east gate & west gate.
Sedikit mengenai Xi'an sebelum saya mulakan cerita pengembaraan di China ni. Xi'an atau pernah dikenali sebagai Chang'an telah wujud sejak 3000 tahun dahulu. Ia merupakan pusat pemerintahan kepada 13 dinasti di China selama lebih kurang seribu tahun. Ia merupakan permulaan kepada laluan sutera dan merupakan salah satu dari 4 bandar purba terpenting di China (Four Great Ancient Capitals of China) selain Beijing, Nanjing dan Luoyang.
Berkepadatan hampir 9 juta penduduk, sebahagian besar dari sejarah Xi'an masih tertimbus di bawah tanah. Penemuan patung Terracota Warrior pada tahun 1974 merupakan permulaan kepada era baru pembangunan kota Xi'an yang telah pudar sejak 2000 tahun dahulu. Kota Xi'an dibina didalam tembok besar empat segi yang utuh dengan Bell Tower sebagai pusatnya.
Tahu kan laluan sutera tu apa? Laluan Sutera (Silk Road) merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Timur dan Barat suatu ketika dahulu. Bermula semasa pemerintahan Dinasti Han kira-kira tahun 200 sebelum masihi, ia dikenali dengan nama 'Laluan Sutera' kerana kain sutera dari China yang dibawa sepanjang perjalanan tersebut untuk ke negara barat, kira-kira 6500 kilometer (jauh ke tak tu?).
Ok cukup. Jom mula !
*********
Asalnya 6 orang, tapi seorang terpaksa menarik diri di saat-saat akhir. Maka tinggal lah kami berlima (Fuad, Shafik, KZ, saya dan satu-satunya gadis, Nadia dengan 'altered ego' nya Nora, heheheh.)
Petang 5 Nov 2014 kami berkumpul di KLIA 2. Tepat pukul 4.15 petang penerbangan Air Asia ke Xi'an bermula. Gambaran dalam flight selama hampir 5 jam tu dah cukup menggambarkan bagaimana keadaan di China nanti.
Tak pernah saya tengok pramugara dan pramugari yang gigih bekerja mengawal keadaan dalam flight yang huru-hara. Sentiasa ada penumpang yang buka tempat penyimpanan beg, lepas tu tak pandai2 nak tutup balik. Sentiasa ada yang keluar masuk toilet, sampaikan salah satu dari pintu jamban roboh. Roboh wei, takde kesedaran sivik betol !
Pengalaman KZ lagi dahsyat. Bukak je pintu toilet tengok nyonya tua tengah duduk atas toilet seat tersengih-sengih. Bukan setakat tak pandai nak tutup pintu jamban, flush toilet pun tak dihiraukan. Memang huru-hara keadaan dalam kabin malam tu.
Alhamdulillah kami selamat mendarat di Xi'an Xianyang International airport pada pukul 11.45 malam. Lepas collect baggage dan security check, kami terus ke kaunter tiket bas untuk ke City Centre.
Asalnya sebab dah sampai lewat malam, kami nak tidur je kat airport, jimat accomodation satu malam. Nasib baik Fir bagitau tak dibenarkan tidur di airport sebab airport akan ditutup selepas penerbangan terakhir. Dia hari tu pun dihalau keluar dari airport, terpaksa ke City Centre cari hotel kosong malam-malam buta.
So kami book bilik di Ancient City International Youth Hostel walaupun singgah untuk sementara je. Hotel ni terletak di Lianhu Road, kira-kira 1.4 km dari Bell Tower, dalam kawasan City Wall lagi.
Untuk ke City Centre, ambil Airport Shuttle bus line 1 yang akan bawa kita terus ke Bell Tower. Dari Bell tower kami akan jalan ke hotel. Tiket harus dibeli di kaunter berhampiran pintu keluar ke tempat menunggu shuttle bus.
Jangan mengharap gadis kaunter tiket tu faham bahasa Inggeris sebab sepatah haram pun dia tak faham. Dia pun malas nak layan kita yang cakap english ni. Nak mengelak ada la. Tak mesra lansung. Kami beli je terus tix line 1.
Sepatutnya bas ni akan bawak kami ke Bell Tower (menurut sumber travelchinaguide.com, disah kan oleh Fir yang dah pon ke Xi'an). Apa yang berlaku malam tu sangat diluar jangkaan kami. Lepas hampir sejam, bas berhenti di suatu kawasan yang tak dikenali. Yang pastinya, tak masuk pun lagi dalam kawasan City Wall. Tak nampak sekeping dinding pun.
Kami diberitahu ni destinasi terakhir. Semua penumpang dah turun. Masa ni ramai giler driver teksi datang serbu. Clueless and helpness. It was bad ! Cuaca pulak sejuk.
Teksi merupakan pilihan yang sangat tak bijak. Menurut wikitravel, driver teksi selalu ketuk tourist kaw-kaw punya especially waktu-waktu tengah malam buta macam ni. Muka pelancong pulak ketat semacam sebab terdesak.
Rimas dengan driver teksi yang sangat bising dan pushy, kami masuk ke dalam satu kedai untuk tanya direction. Sepatah haram orang kedai tu tak faham. Saya tunjuk peta dalam tablet pun dia tak faham. Hish !
Driver teksi semakin lama semakin menjengkelkan. Ada la dalam 6-7 orang dok kerumun kami macam samseng kongsi gelap. Kami decide nak jalan dulu sambil cari direction. Diorang follow kami !
Sampai lagi satu kedai kami tanya lagi direction. Pun tuan kedai tak faham. Tiba-tiba teringat yang Shafik bawak buku Lonely Planet. Saya tunjuk tulisan Bell Tower (nasib ada tulisan cina dalam buku LP tu). Nasib kami baik sebab sorang lelaki dalam kedai ni tau. Die volunteer nak tunjuk jalan. Fuh, lega !
Lepas lebih kurang 10 minit berjalan, dia suruh kami terus lagi berjalan sampai jumpa City wall. Rumah dia arah lain, so kami babai dia kt situ dan terus berjalan meredah kedinginan malam.
Sepanjang jalan tu ada je teksi yang mengekori kami. Lepas lebih kurang sejam, kami akhirnya bertemu dengan salah satu pintu masuk ke City Wall. Ternampak Children's Hospital. Bila refer balik peta, rupanya kami masuk dari Anding gate atau West Gate. Nampak satu lagi hotel terus kami masuk untuk tanya direction. Pun tak paham satu haram. Tunjuk tulisan cina dalam Lonely Planet baru diorang faham. Berjalan lagi.
Rasa nak tercabut sendi lutut. Tak lama lepas tu kami jumpa Rongmin International Hotel. International hotel so by right staf dia mesti kena pandai cakap English kan. Fuad, Khazrul & Nad masuk dalam tanya arahan. Alhamdulillah diorang faham. Siap telefon Ancient City Youth hostel lagi bagitau diorang kami on the way.
Lobi Rongmin International Hotel yang mewah. Bila la nak dapat tidur dalam hotel banyak bintang camni.
Bila nampak kelibat Bell Tower yang bersinar-sinar keemasan tu, nak menangis pun ada rasanya. Terharu sungguh, *drama.
Lagi 1.4 km untuk ke Ancient City International Youth Hostel. Dari sini saya dah tahu direction, sebab dah printscreen google map direction. Entah berapa km dah kami berjalan. For sure 1.4 km ni celah gigi je (cakap besar pulak dah).
Jom layan gambar Bell Tower !
Cantik tak Bell Tower dikala jam 2 pagi?
Kami sampai di Ancient City Youth Hostel hampir pukul 3 pagi. Staf hotel tengah ternak taik mata. Kesian dia kena kacau tidur. Lepas check in, mandi, solat dan terus tidur. Pagi esok nak kena bangun awal untuk ke Terracota.
Bilik kami dormitary style, ada 4 double decker katil, luas dan sangat selesa. Berselubung dalam selimut tebal menyebabkan nafsu untuk bangun awal terbantut. Alarm berbunyi pukul 5.30 pagi ibarat bunyi lagu lullaby Narnia yang mengasyikkan.
Sedar-sedar dah pukul 6.15 pagi. Rasa malas nak bangun tu macam perasaan nak bangun pagi masa mula-mula masuk sekolah asrama dulu. Culas bebenor. Rasa terpaksa sangat. Kalaulah ada banyak masa kt Xi'an ni, tak perlu tergesa-gesa macam tu.
Kami terus check out dan tinggalkan beg di locker kaunter sebab tak tau
lagi pukul berapa akan balik dari Terracota. Dan kami tak sure boleh
tinggalkan beg dekat train station ke tak. So lepas balik dari Terracota
nanti kami akan pick up beg dan bergerak ke Xi'an Railway station.
Tu ha dah ada 2 ekor patung Terracota Warrior depan pintu hotel.
Dah kenapa KZ terjelepok macam nangka busuk tu? High fashion ka posing camtu?
Xi'an City : sangat sibuk dan sesak dengan rakyat jelata.
Asalnya nak naik city bus ke Xia'an Railway station. Xi'an memang banyak city bus tapi semua sendat dengan penumpang. Betapa ramainya penduduk negara ni. Jalan punya jalan sampai lah jumpa Xi'an Railway station. Jimat duit tambang bas, hihi. Kebas tumit berjalan, dalam 3km jugak tu jarak hostel ke Xi'an Railway station.
Army of Terracota Warrior & Horse terletak lebih kurang 20 km dari pusat bandar Xi'an. Mudah je untuk ke Terracota museum ni. Naik bas pelancong no 5(306) di Xi'an Railway Station, tiket berharga CNY 7 (chinese Yuan ye, bukan chinese new year).
Bas 5(306) ni akan bawa kita terus ke Terracota museum. Kalau dari Bell Tower, naik city bas no 610 atau 611 ke Xi'an Railway station dulu kemudian tukar bas 5(306) ni ye.
Lagi 1, ada 3 stesen keretapi di Xi'an ni yakni Xi'an Railway station, Xi'an North Railway station, dan Xi'an South Railway Station. Xi'an Railway station merupakan stesen keretapi utama di Xi'an dan terminal untuk kebanyakan keretapi dari luar Xi'an. Ia merupakan stesen keretapi ke-4 paling sibuk di China.
Xi'an North Railway station hanya untuk speed train macam shinkansen kat Jepun tu. Xi'an South Railway station pulak bukan untuk penumpang tapi untuk pengangkutan barang dagangan. Jangan sampai tersalah stesen ye.
City wall bahagian utara. Dah 3000 tahun usia dinding ni tapi masih nampak megah.
Xi'an Railway Station.
Dalam bas ke Terracota museum. Akak jual tiket sangat petah berbicara
sepanjang perjalanan sampai tak mampu nak lelapkan mata. (suara
nyariiiinnggg..)
Dah sampai pun !!!!!! Berlambak patung Terracota warrior tipu kat luar muzium.
Terracota Warrior and Horses di Shaanxi Province, Xi'an merupakan salah satu dari 2 tinggalan sejarah terpenting di China selain Great Wall of China, kedua-duanya dibina semasa zaman pemerintahan Maharaja Qin Shi Huang, iaitu aharaja pertama China.
Qin Shi Huang (259 BC - 210 BC) merupakan anak kepada Raja wilayah Qin, diberi nama Yin Zheng semasa dilahirkan pada tahun 259 sebelum masihi. Pada usia 13 tahun, beliau telah mewarisi takhta pemerintahan wilayah Qin dari ayahnya.
Seorang yang bercita-cita tinggi, Yin Zheng berhasrat untuk menggabungkan wilayah-wilayah di China seperti Han, Zhao, Wei dan sebagainya dibawah satu pemerintahan pusat. Impiannya tercapai pada tahun 221 sebelum masihi apabila seluruh wilayah di China berjaya disatukan dibawah pemerintahan feudal yang dikenali sebagai dinasti Qin (221 BC - 206 BC). Yin Zheng menggelarkan dirinya Qin Shi Huang yang bermaksud 'the First Emperor of China'.
Tiket masuk berharga CNY 150/pax (CNY 120 antara bulan Disember dan Februari). Dari pintu masuk ke muzium lebih kurang sepuluh minit berjalan. Jangan terkejut kalau anda diserbu freelance tour guide yang fasih berbahasa Inggeris siap dengan slang lagi. Kan bagus kalau diorang ni yang kerja kat tempat-tempat penting macam airport, stesen bas dan keretapi. Takde lah kami ni sesat malam-malam buta.
Daun bertukar warna. Autumn foliage yaw !
Kerja-kerja pembinaan patung Terracota Warrior & Horses bermula selepas Yin Zheng menaiki takhta. Dianggarkan seramai 700,000 pekerja terlibat dalam pembinaan patung bersaiz sebenar (life-size) yang mengambil masa 11 tahun untuk disiapkan ni. Tujuan Yin Zheng membina patung-patung tersebut adalah :-
1. Sebagai bukti kegemilangan era pemerintahan beliau.
2. Sempena memperingati angkatan tentera yang berjaya menyatukan seluruh wilayah China dibawah tampuk pemerintahan beliau.
3. Kerana dipercayai patung dapat hidup pada kehidupan selepas mati. Yin Zheng memerlukan pasukan tentera dalam kehidupan selepas mati tersebut.
Pada 29 Mac 1974, Terracotta Army telah dijumapi oleh petani yang cuba mencari sumber air di kawasan pergunungan Li, kira-kira 1.6 km timur dari Kubur persemadian Maharaja Qin. Sejak tu, ada keseluruhan 4 pit yang telah berjaya ditemui oleh pakar arkeologi.
Kami masuk ke Pit 3 dulu, lepas tu Pit 2 dan last sekali pit 1. Pit 4 kosong je dan tak dibuka kepada pelancong. Ada sebab kenapa kami ikut susunan macam tu. Omputeh cakap save the best for last, hehe.
Pit 3 sebenarnya Pit yang paling kecil antara 3 Pit tersebut. Kat sini ada 68 patung perajurit, 4 ekor patung kuda dan 1 chariot. Dipercayai Pit 3 ni merupakan command post yang menempatkan pegawai peringkat tertinggi. Dijumpai pada tahun 1976, Pit 3 mula dibuka secara rasmi kepada awam pada tahun 1989.
Pit 3 : Patung perajurit dan 4 ekor kuda di kedalaman 7 kaki.
Kiri : patung yang hancur musnah
Kanan : Patung kuda dan perajurit.
Close-up. 4 ekor kuda dan perajurit tak berkepala.
Dipercayai kebakaran telah menyebabkan kemusnahan kepada patung-patung terracotta army tersebut. Selain tu para pengkaji juga percaya bahawa selepas kematian maharaja Qin, kawasan terracotta ni telah dimusnahkan oleh musuh beliau. Atapnya roboh dan menghempap serta memusnahkan sebahagian besar patung-patung tersebut.
Seterusnya kami ke Pit 2 yang lebih besar sikit dari Pit 3. Pit 2 menempatkan tentera berkuda, chariot serta unit-unit kecil perajurit. Ada seribu patung perajurit dan 90 patung chariot yang diperbuat dari kayu. Dijumpai pada tahun 1976 kira-kira 20 meter ke arah timur laut dari Pit 1, ia dibuka secara rasmi kepada umum pada tahun 1994. Layan gambar lagi dalam pit 2 jom !
Pohon gingko yang rendang.
Mesti ada yang ingat boleh turun sentuh, peluk dan berselfie dengan patung-patung tu kan? haaaa. Kami pun ingat macam tu jugak. Rupanya berpagar. Harus lah, nak protect tinggalan sejarah katanya. Kalau tak, dah lama lumat patung-patung tu dikerjakan rakyat dia sendiri.
Tapi jangan gusar, sebab Pit 2 ada 1 tempat khas untuk bergambar. Tak mahal pun bayarannya so kami ambil group photo. Ada la beberapa patung perajurit dan kuda tipu dengan background yang nampak agak real. Ada la jugak gambar kenangan.
Macam-macam Aksi.
Dan di satu sudut Pit 2 ni jugak ada beberapa contoh patung Terracotta Warrior dalam kaca berlabel untuk penerangan lebih lanjut mengenai jenis-jenis perajurit dan fungsi mereka. Ni antara empat contoh patung berbeza posisi dan fungsi.
Anyway, tiada satu pun patung ni yang menyerupai patung yang lain. Semuanya berbeza bentuk, raut wajah dan ketinggian. Entah macam mana diorang buat pun tak tahu la tapi memang mengkagumkan.
Kiri : Kneeling Archer
Kanan : Middle-ranking Officer
Kiri : Cavalryman with His Saddled War-horse
Kanan : Standing archer.
Pit 2 ni macam tak banyak patung yang dah dicantumkan kembali. Kebanyakkannya cacat cela lagi.
Last but definitely not the least, Pit 1. Kalau tengok National Geographic atau mana-mana gambar promosi pelancongan, gambar dalam Pit 1 ni la yang selalu digunakan. Muka patung-patung ni jugak la yang terpampang di muka depan Lonely Planet China.
Ada 11 koridor yang menempatkan lebih dari 6000 patung dalam Pit 1. Dengan keluasan 230 x 62 meter, ia merupakan pit yang paling besar dan grand antara semua pit.
Pit 1 mula dibuka kepada umum pada 1 oktober 1979. Kat sini jugak kita boleh nampak pekerja-pekerja arkeologi cuba menggabungkan serpihan-serpihan patung yang pecah untuk dijadikan patung yang sempurna kembali. Berpinar bijik mata agaknya nak mencantumkan satu persatu serpihan tu.
Sebenarnya setiap satu patung ni diwarnakan mengikut ketinggian pangkat dan posisi. Tapi kebanyakkan warna dah pudar selepas terdedah kepada udara Xi'an yang kering.
Gambar dalam pit 1:-
Pit 1 yang grand.
Terracota Warriors and Horses telah diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987. Sekarang ni proses excavation tengah ongoing lagi . Dikhabarkan, ada banyak lagi jenis patung yang dijumpai contohnya patung ahli akrobatik, patung binatang, alat-alat pertahanan diri dan sebagainya.
Terracotta Warrior bolehlah dianggap sebagai salah satu dari tinggalan sejarah paling popular kat China. Buktinya, antara bulan September 2007 dan April 2008, sebanyak 20 patung Terracotta Warrior telah dibawa dan dipamerkan di British Museum dalam pameran yang dinamakan "The First Emperor: China's Terracotta Army". Pameran tersebut merupakan pameran paling berjaya dalam sejarah British Museum dimana setiap keping tiket terjual dengan sangat pantas sampai waktu pameran terpaksa dilanjutkan hingga ke malam.
Pameran yang sama berlansung di Barcelona antara bulan Mei dan September 2004 dan di Madrid antara bulan Oktober 2004 dan Januari 2005, kedua-duanya memegang rekod sebagai pameran paling berjaya dalam sejarah pembukaan muzium tersebut. Macam tu sekali sambutan yang diterima patung-patung ni.
Yang penting,,,,,,,, Terracota Warrior kami dah cover !!!! Hehe.
Selesai urusan kami di Xi'an. Dah boleh ke Beijing dengan senang hati. Penat merayau-rayau kami rehat sebentar dikerusi taman sambil makan buah delima beli dekat stesen bas. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan. Kelihatan daun-daun gingko keemasan menghiasi kawasan perkarangan muzium. Tak sabar nye nak guling-guling atas daun gingko yang berguguran di Ditan Park nanti, hihi.
Dalam tengahari macam tu kami pulang semula ke stesen bas untuk balik ke Xi'an Railway station. Lepas tu berlari-lari ke hotel untuk ambil beg, dan pusing balik ke Xi'an Railway station.
Cantik kan daun gingko? Belum jumpa maple leave lagi ni dah terkinja-kinja eksited.
Kami sampai semula di Xi'an Railway Station dalam pukul 4 petang. Masa ni punya lah ramai nya umat manusia kat stesen keretapi ni, bergelimpangan atas lantai diluar stesen. Sementara Fuad settle kan tiket, kami cari makan dulu.
Jangan risau sebab Xi'an mempunyai populasi penduduk muslim yang agak ramai. Dalam ramai-ramai umat manusia tu akan nampak lah pokcik berkopiah dan mokcik bertudung. Makanan halal senang nak cari.
Saya nasihatkan untuk sampai awal di stesen ni, at least 3 jam sebelum waktu bertolak sebab stesen ni sangat sibuk dan rakyat diorang pun bukannya ada kesedaran sivik. Main potong queue ikut sesuka hati je.
Anyway, masa merayau-rayau di sekitar stesen tu, ternampak tempat simpan beg. Aiseh, kalau tahu tadi, dah bawak beg siap-siap simpan kat stesen. Tak perlu ulang-alik berlari-lari ke hotel. Dapat spend masa lama sikit kat Terracota muzium.
Siapa tu yang makan kaki ayam macam tu? Eksotik sungguh. Train kami pukul 7.08 malam, dijangka tiba di Beijing West station pada pukul 8.30 pagi keesokan harinya. Lebih kurang pukul 6 petang, kami dibenarkan masuk kedalam stesen.
Memang ramai sungguh penduduk negara ni. Jangan harap nak jumpa kerusi kosong. Last sekali kami duduk atas lantai beralaskan peta di satu sudut. Solat pun kat situ jugak. Pandai-pandai lah nak hidup.
Tangga dalam stesen.
Train dah sampai pun. Beijing aku datang !!!
Kenapa muka Shafik sugul semacam tu? Haaaaa, masuk-masuk train je terus
berdrama. Masing-masing tak senang duduk, panas hati Sebab apa? Nantikan
sambungannya dalam entri berikutnya okay. Sehingga
P/S copy dari rakan blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan