" kita selalu lupa jalan pulang, dari mana kita datang, dimana kita sekarang, kemana kita akan pergi, mengambil yang sementara meninggal yang kekal, hidup adalah persinggahan dalam menuju ke distinasi yang kekal abadi "

Jumaat, 23 Oktober 2015

Bandar Paling Sejuk Di Dunia

Bandar paling sejuk di dunia mempunyai suhu serendah -57°C pada musim sejuk. Yakutsk adalah ibu kota untuk Republik Sakha di Rusia. Ia terletak di timur Siberia, terletak hanya 280 batu ke selatan Bulatan Artik ia menjadi  bandar paling sejuk di dunia.


 Bandar paling sejuk di dunia ini, Yakutsk, pada bulan Januari, mempunyai suhu purata -40°C dan -57°C yang tidak pernah di dengari selama ini.

Visual News
Terdapat satu kaedah untuk hidup di kawasan suhu sejuk melampau ini iaitu tinggal di dalam rumah seberapa lama yang boleh. Tengoklah, rambut pun keras macam ais batu.

Visual News
Apabila berada di luar selama 5-10 minit, rasa pedih pada muka mula menjadi tak tertahan walaupun orang tempatan Yakutsk yang sudah biasa dengan kesejukan tidak akan berada di luar lebih dari 20 minit.

Visual News
Biasanya musim sejuk berlangsung selama 7 bulan sehingga bulan April, bila cuaca panas musim bunga perlahan-lahan menyusur masuk. Di musim sejuk kasut menjadi kasut ais. Oooo.. sejuk....


Visual News
Sungai membeku di musim sejuk di Yakutsk, bandar paling sejuk di dunia ini. Suhu terendah pernah dicatat di Yakutsk ialah -64.4°C
Di bandar yang sejuk ini tinggal 270,000 orang yang menjalani kehidupan seharian mereka.
 Visual News
Penduduk memakai pakaian bulu yang dipakai berlapis-lapis untuk menahan diri dari kesejukan.
 Visual News
Yakutsk berada di negara Rusia, tidak hairanlah sign board nya di tulis dalam bahasa Rusia.

Visual News
Kereta yang dibiarkan diluar akan beku. Mereka yang mempunyai kereta akan memastikan kereta berada dalam garaj yang dipanaskan dengan bateri yang dibalut dengan selimut.
 Visual News
Yakutsk terletak hanya 280 batu ke selatan Bulatan Artik ia menjadi  bandar paling sejuk di dunia.
Kebanyakan orang memakai bulu, sama ada but bulu rusa, topi tikus kasturi atau kot bulu musang.
 Visual News
Seorang gadis tempatan yang disaluti pakaian dari bulu untuk menahan dari kesejukan ekstrim.
 Visual News
Hanya ada 2 jenis pengangkutan ke sini iaitu pengangkutan udara dan jalan raya yang dibina oleh tahanan. Jalan keretapi kini sedang dalam perancangan.
Source: Visual News
Kenapa mereka bertahan tinggal di tempat yang mempunyai suhu sejuk melampau begini? Jawapannya: Ini kes yang sama seperti yang berlaku di Australia. Lombong Yakutsk menghasilkan 1/5 daripada berlian dunia dan 40% daripada emas Rusia dilombong di bandar yang paling sejuk di dunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan